A

Be Invisible


Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Or you want to see my stuff? Read the story back here :)

;

PUT YOUR GOOGLE FRIEND CONNECT CODES


100% Copyright by Ayien Ain :)
Powered by Blogger.
Sambungan Anak Penggunting Rambut..

Manis memang nakal. Aku mengambil upah menggunting rambut dengan harga 50 sen untuk kanak-kanak, dan seringgit untuk orang dewasa. Wang hasil menggunting rambut itu,sengaja aku letakkan di dalam bekas kelengkapan menggunting rambut. Aku tahu Manis selalu mengambil wang itu. Kadang-kadang  Manis mengamcbil 20 sen atau 30 sen. Sewaktu mula-mula menyedari Manis mengambil wang itu,aku menganggap Manis mulai pandai mencuri. Kemudiannya,aku mendapat tahu Manis mengambil duit itu kerana dia suka makan keropok lekor yang dijual di kantin sekolahnya. Wang belanja kubei hanya 20 sen. Hal ini bermakna,Manis hanya membeli dua keeping keropok. Kasihan Manis,lama-kelamaan aku menambah wang belanjanya dengan syarat Manis tidak boleh mengambil wang itu tanpa kebenaran. Manis diam. Aku tahu dia takut untuk meminta maaf.
            Manis,abah halalkan makan minum kau. Abah lakukan segala-galanya untuk keluarga kita. Kalaulah awal-awal lagi abah tahu kau suka makan keropok lekor, abah akan tambah wang belanja kau. Janganlah kau ulangi perbuatan itu lagi. Apabila tiba musim sekolah dibuka, itulah saat Manis akan ketawa riang. Dia akan menunggu aku dari lading. Kalau ada pelanggan datang sebelum aku pulang, Manis akan mengaturkan masa untuk pelanggan datang pada waktu lain. Kadang-kadang, balik sahaja dari lading, sudah menunggu 2 atau 3 orang pelanggan. Manis tersenyum riang,terasa hilang penatku. Manis akan menolong aku  menyediakan kelengkapan untuk menggunting rambut. MAnis akan menunggu sehingga kerja menggunting rambut itu selesai.
            Manis akan berdiri tegak memerhati. Pasti aku akan memarahinya kerana mengganggu ekrjaku. “duduk jauh-jauh sikit Manis, nanti rambut ini masuk dalam mata.” Masih teringat kenangan itu. AKu menggunting rambut, kemudian kami sama-sam menyapu rambut yang bertaburan di tanah. Kami kumpulkan hingga rambut itu kelihatan sepeti busut hitam. Manis yang sudah faham tugas seterusnya,segera memberikan cangkul kepadaku. Manis akan menunggu aku menggali lubang. Gumulan rambut itu tidak akan ku buang atau baker. Aku tanam rambut yang membusut itu berhampiran dengan pokok pisang di belakang rumah kami. “Biar sejuk ubun-ubun ,abah ya?” Manis semakin faam. Sebenarnya itu hanyalah petua orang tua yang aku patuhi. Di sebaliknya,aku menghargai rambut itu. Aku tanam rambut itu supaya rambut itu bersemadi dengan baik. Tidak dicakar ayam kalau diniarkan bertimbun dengan sampah sarap,tidak hangi baunya kalau tidak dibakar.
             Manis melangkah kea lam sekolah menengah. Manis masih berambut pendek. Manis tinggal di asrama. Cerita manis, ramai pelajar senior yag kurang senang dengan penampilan Manis yang berambut pendek. Biasanya setiap hujunh bulan, Manis akan pulang bercuti. Waktu itulah aku menguki segala kehendaknya. Manis semakin bijak. Dia suka cara guntingan yang terbaharu. Kadang-kadang rambut Manis pendeknya 3 inci. Hai Manis…bertuahnya anak! Lama-kelamaan imej berambut pendek itu menjadi ikutan rakan-rakan Manis. Pernah manis dipanggil ke bilik warden asramanya, gara-gara dituduh sebagai pembawa imej berambut pendek, Manis marah betul. Aku sangkakan Manis akan berubah,rupa-rupanya Manis bertambah marah. Manis meminta menggunting rambutnya sependek-pendeknya. Rambut belakangnya aku cukur sehingga pendek dan ini membuatkan Manis leka dengan rambutnya sendiri.

                                                                                                                    -SAMBUNG-

soryla.....sebab smbung jerk.....tgan sakit nak menaip......oke2,,mungkin agie 1 smbungan last...........mnx maaf la law susahkan korg mnggu smbungan,.oke,aq de hal..bubye syang!muah