A

![]()
Hai. Welcome to my pink + blue blog. Feel delightful to read something about me. Or you want to see my stuff? Read the story back here :) ![]() ![]()
100% Copyright by Ayien Ain :)
Powered by Blogger.
|
Anak Penggunting rambut...
assalamualaikum..da lame gile xentry blog nie...nk dekat 2 bulan aq xentry,,fuyoooo... dasyatkn....hehehehe..oke2..jgn bazir mse,aq nk ceritekan tntg 1 cerite nie..tapi xla sedih sgat,cume ia menarik aty aq tuk berkongsi dgan korg sume...OKE,SEDIA..1,2, go baby go!!haha TAJUK:ANAK PENGGUNTING RAMBUT Anakku tersemyum manis.Dia menyisir rapi rambutnya yang pendek.Wajah perempuannya tetap terselah,walaupon rambutnya pendek seperti anak lelaki yg lain.Manisah namanya.Dia amat comel dan selalu tersenyum.Lalu ku panggil Manis. Manis anak yang baik dan paling mudah tersenyum,walaupon sedang sakit.Manis selalu pening kepala.Kadang-kadang Manis pitam.Kasihan Manis,kerana itu aku lebih senang Manis berambut pendek.Anak perempuanku seorang...anakku yang manis."Abah saya tukang gunting rambut.Rambut saya ni,abah saya yang guntingkan,"ujar anakku bangga. Aku seperti selalu mendengar kata-katanya yang itu.Hai,anak yang manis!!Abah sudah tua untuk menggunting rambutmu lagi.Usia abah dah enam puluh lima tahun.Kau juga di ambang dewasa,Dah bergelar anak dara.Bila agaknya rambutmu agak panjang??sempatkah abah membelai rambutmu itu??Atau abah akan terus menggunting rambutmu hingga terpamer leher jenjangmu??"Abah saya tukang gunting rambut.Masa muda,orang kampung panggil abah,Mat Gunting.Abah saya cukup terkenal di Kampung Batu 25,Bagan Dato." "Kadang-kadang orang kampung panggil abah saya Uda Ahmad.Sekarang abah saya peneroka FELDA,tapi abah masih seorang penggunting rambut.Abah ambil upah gunting rambut apabila balik kerja dari kladang." Itulah yang selalu diulang-ulang oleh anak perempuanku setiap kali orang bertanya siapa ayahnya.Aku masih ingat pertama kali dia ke tadika.Dia menangis.Katanya,kawan-kawan ketawakan dia:anak penggunting rambut! Puas aku memujuknya.Dia terlalu sedih.Jauh di susut hati, aku turut besedih.Barangkali anakku belum memahami harga sehelai rambut.Aku bercerita kepada Manis, betapa susahnya mencari wang di kampung.Aku mengambil upah bekerja di kebun kelapa. Pendapatan yang diperolehi tidak seberapa. Aku terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan.Pekerjaan menggunting rambut inilah yang sedikit sebanyak membantuku sebwlu merantau ke tanah FELDA.:Kenapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah sampai ke sini?" "Abah menghargai setiap usaha ygang abah lakukan.Kau tahu Manis, sewaktu kali pertama belajar menggunting rambut,aba bulatkan segala keyakinan.Abah yakin dengan menggunting rambut, abah akan mendapat wang sampingan.Sekarang bagaimana abah harus meninggalkan rezeki yang Allah kurniakan menerusi jari-jari abah ini??" Manis diam.Aku tahu Manis belum dapat memahamikata-kataku waktu itu. Dia terlalu kecil untuk memahami. Tetapi suatu hari nanti, Manis bersuara. "Abah,Manis suka rambut macam ni." Sukar untuk aku mempercayainya. Manis menceritakan bahawa dia telaha berjaya memberikan kemengan kepada kumpulannya dalam acara membawa bakul kacang diatas kepala semasa sukan di tadikannya.Teringatkan aku kepada rambut pendeknya. Aku ketawa panjang. Rupa-rupanya rambut itu membawa kemenangan bermakna buat Manis. Aku bukannya teringin melihat rambut anak tunggal ku panjang. AKu kepingin sekali melihat wajahya yang manis diserikan dengan reben merah jambu di atas kepala.banyak orang beranggapan bahawa aku membentuk peribadi Manis berwatakan lelaki hanya kerana rambutnya itu.Tujuan asalku supaya Manis berambut pendek hanyalah untuk meringankan tugasku agar Manis tidak menjadi anak kecil yang manja. Walaupun seratus persamaan yang dapat aku lakukan unuk menggantikan arwah isteriku, pasti ada juga kelemahannya. Kalaulah Manis berambut panjang, tentu dia akan meengek menyuruh aku menyikatnya.Selepas kematian isteri,semua tugas di dapur dan menjaga anak-anak,aku cuba lakukan sendiri.Namun,aku tak pernah mengambil tahu cara menjaga rambut anak perempuan.Selepas seratus hari pemergian isteriki, itulah hari pertama aku memkotong rambut Manis ke paras bahu. Manis tidak membantah. Usianya iga tahun ketika itu. Manis mulai suka berambut pendek sejak peristiwa kemenanganya di tadika itu. Apabila dia melangkah ke alam persekolahan, Manis masih mahu berambut pendek.Katanya, dia selesa dengan rambu sebegitu. Aku menerut sahaja kemahuan Manis.Hampir setiap tiga bulan, pasti aku akan menggunting rambut Manis. Apabila umur Manis 9 tahun, dia mula bertudung. Manis masih mahu berambu pendek. Senang katanya. Aku pun turut senang kerana Manis mula menghargai titik peluhku. -SAMBUNG- oke itew sambong ceritanyer di hary len erk..penat tgan aq menaip ni haa... oek...ape pon aq akn bgi smbungannyer..okela..bubuye..love you,muahhh3!!!sayunk,sayunk,sayunk,, hahaha
|